AGENDA

Pesakit tanpa gejala kuarantin di rumah, lapor diri guna SELangkah

24 Jul 2021, 6:51 AM
Pesakit tanpa gejala kuarantin di rumah, lapor diri guna SELangkah

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan pesakit Covid-19 yang tidak bergejala menjalani kuarantin selama 10 hari di rumah.

Timbalan ketua pengarah kesihatan (kesihatan awam) berkata individu terbabit perlu melaporkan diri secara dalam talian menggunakan aplikasi MySejahtera atau Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

"Ujian Covid-19 lebih mengutamakan individu bergejala (simptomatik).

"Bagaimanapun semua kes simptomatik masih perlu dinilai sama ada secara dalam talian atau secara fizikal di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan," kata Datuk Dr Chong Chee Kheong menerusi kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.