BERITA UTAMA

200 pek makanan untuk komuniti strata hadapi waktu sukar

15 Jun 2021, 1:46 AM
200 pek makanan untuk komuniti strata hadapi waktu sukar

SHAH ALAM, 15 JUN: Sebanyak 200 bakul makanan diagihkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kepada komuniti strata yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Yang dipertuanya berkata bantuan seperti beras, minyak masak, biskut, mi segera dan gula sebagai inisiatif meringankan beban keluarga kurang berkemampuan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

"Mereka terdiri daripada 14 lokaliti perumahan strata di sekitar Kuala Selangor, Puncak Alam dan Saujana Utama.

"MDKS berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka semasa menghadapi waktu sukar ini," kata Rahilah Rahmat menerusi kenyataan.

Semalam, beliau turun padang menyampaikan sendiri bantuan terbabit kepada penerima.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.