AGENSI

PLATS bantu promosi produk peniaga kecil

5 Mei 2021, 1:09 AM
PLATS bantu promosi produk peniaga kecil
PLATS bantu promosi produk peniaga kecil

SHAH ALAM, 5 MEI: Platform Selangor (PLATS) diwujudkan bagi membantu usaha mempromosi produk peniaga kecil, kata ketua pegawai operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Soffan Affendi Aminudin berkata kaedah itu penting bagi memastikan kejayaan perniagaan dapat dilihat apabila sesebuah produk tular.

"Viral (tular) natijahnya 'sale' (jualan) meningkat dan semuanya jadi secara kebetulan. Jadi, kenapa kita tidak rancang perkara itu jadikan berstruktur dan dapat memberi manfaat kepada yang lain.

"Promosi ini adalah perbelanjaan yang orang tidak sanggup keluar tetapi ia penting. Hal seperti ini yang kita dahulukan dan promosi itu dimasukkan dalam PLATS," katanya pada 28 April.

[caption id="attachment_469904" align="alignleft" width="462"] Soffan Affendi Aminudin[/caption]

Soffan Affendi menjelaskan saluran e-dagang ini memudahkan urusan peniaga yang hanya perlu memberi nombor telefon, gambar dan lokasi untuk promosi.

Pada 11 April, Dato' Menteri Besar berkata program e-dapur yang diperkenal pada Ramadan tahun lalu diteruskan lagi bagi membantu peniaga menjana pendapatan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program PLATS 2.0 kali ini tidak hanya berlangsung

ketika Ramadan sebaliknya dijalankan sepanjang masa.

Inisiatif itu diusahakan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri, dengan kerjasama Yayasan Hijrah Selangor dan Grab Express.

PLATS 2.0 diperkenal bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor membabitkan usahawan melalui satu platform digital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.