AGENDA

Polis saman pemandu lori jatuhkan bongkah konkrit di MRR2

25 Mac 2021, 5:43 AM
Polis saman pemandu lori jatuhkan bongkah konkrit di MRR2

SHAH ALAM, 25 MAC: Polis menyaman pemandu lori yang cuai sehingga bongkah konkrit terjatuh di lorong tengah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Ampang.

Ketua polis Ampang Jaya berkata kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan laluan trafik sesak selepas Hillview menghala ke Ampang, lapor Berita Harian.

"Tidak ada laporan polis dibuat berhubung kejadian, namun pihak polis sudah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori terbabit.

"Bongkah konkrit itu sudah dialihkan dan laluan kembali lancar kira-kira setengah jam kemudian," kata Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak.

Awal pagi tadi, satu bongkah konkrit berbentuk segi empat jatuh dari sebuah lori di jalan terbabit sehingga trafik sesak ketika orang ramai keluar ke tempat kerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.