AGENDA

Polis tahan 1,000 kaki judi dalam Op Limau sepanjang 2020

3 Mac 2021, 12:21 AM

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 1,000 individu disyaki terlibat kegiatan perjudian di dalam bangunan serta tempat bebas sepanjang 2020 menerusi Operasi Limau (Op Limau).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua mereka ditahan menerusi 141 serbuan yang dibuat oleh PDRM.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga, PDRM telah merampas wang tunai berjumlah RM562,312.

"Secara keseluruhannya, Op Limau telah menunjukkan kejayaan dalam usaha mengekang kegiatan perjudian hasil kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada polis.

“(bantuan) ini amatlah dihargai," katanya dalam kenyataan semalam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.