AGENDA

Tun Rahah meninggal dunia pada usia 87 tahun

18 Dis 2020, 10:01 AM
Tun Rahah meninggal dunia pada usia 87 tahun

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Tun Rahah Mohamed Noah, isteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial sebentar tadi, lapor Bernama.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini," tulisnya di Facebook.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

Sementara itu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada Najib atas pemergian ibu tersayang.

"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat. Al Fatihah," tulisnya di Twitter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.