AGENSI

OKU diperkasa, pembangunan negeri lebih bererti - MB

3 Dis 2020, 3:42 PM
OKU diperkasa, pembangunan negeri lebih bererti - MB

SHAH ALAM, 3 DIS: Pembangunan negeri akan menjadi lebih bermakna sekiranya golongan orang kelainan upaya (OKU) terus diperkasakan, kata Dato' Menteri Besar.

"Isu OKU bukan sekadar kebajikan tetapi merangkumi kesihatan, pendidikan, undang-undang, peluang kerjaya dan kemudahan infra yang selesa.

"OKU Berdaya Negeri Sejahtera adalah tema utama yang menjadi agenda besar Kerajaan Negeri. Buat warga Selangor, selamat menyambut Hari Orang Kurang Upaya 2020," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook, hari ini.

Hari OKU Sedunia disambut pada 3 Disember setiap tahun dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1992 sementara di Malaysia bermula pada 1994.

Menerusi Belanjawan 2021, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.25 juta bagi program OKU meliputi inisiatif Bantuan Anak Istimewa Selangor (AnIS), Didik AnIS, Cikgu AnIS dan Kelas AnIS.

Antara yang ditawarkan menerusi insentif itu ialah pembelian alatan sokongan, terapi pemulihan anak-anak istimewa, kursus latihan asuhan anak-anak istimewa dan seminar kesedaran untuk kumpulan sokongan ibu bapa kepda anak-anak OKU.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga akan mempertingkatkan peranan Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS).

Ia bagi mengetengahkan Agenda Pengarusperdanaan OKU menerusi setiap program Kerajaan Negeri ke arah mencapai Selangor Negeri Mesra OKU.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.