AGENDA

Lebih 52 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19

12 Nov 2020, 2:45 AM
Lebih 52 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19

MOSCOW, 12 NOV: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 52 juta, lapor agensi berita Sputnik, memetik Johns Hopkins University.

Jumlah sebenar kes Covid-19 berjumlah 52,041,441 pada 01:50 GMT hari Khamis. Lebih daripada 1.28 juta orang telah meninggal dunia kerana penyakit ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Sebahagian besar kes setakat ini telah direkodkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.