AGENDA

Gangguan rangkaian, data pengguna Celcom tidak dipotong

4 Okt 2020, 1:40 PM
Gangguan rangkaian, data pengguna Celcom tidak dipotong

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Semua penggunaan data pelanggan rangkaian Celcom dari 6 petang hingga 12 tengah malam ini tidak akan dipotong susulan masalah teknikal yang dialami pada kira-kira 3 petang tadi.

Celcom dalam kenyataannya berkata langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan atas kesabaran pelanggannya sepanjang tempoh gangguan yang dialami rangkaian tersebut hari ini.

"Sebagai tanda penghargaan atas kesabaran pelanggan kami, semua penggunaan data bagi kuota yang diperuntuk kepada pelanggan kami tidak akan dipotong dari 6 petang hingga 12 tengah malam pada 4 Oktober.

"Semua perkhidmatan dijangka pulih secara beransur-ansur mulai 6 petang hari yang sama. Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan kami atas segala kesulitan yang dialami selepas mereka tidak dapat membuat panggilan dan mengakses data Internet,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.