AGENDA

SPA guna sistem pendaftaran pekerjaan SPA9 mulai Isnin

25 Sep 2020, 2:59 AM
SPA guna sistem pendaftaran pekerjaan SPA9 mulai Isnin

PUTRAJAYA, 25 SEPT: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) sepenuhnya bagi menggantikan borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) mulai 28 September ini.

SPA dalam kenyataannya hari ini berkata pemohon sedia ada yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh di bawah SPA8i, tidak perlu mendaftar semula untuk SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baharu.

Pemohon boleh merujuk kepada panduan pendaftaran SPA9 portal SPA untuk memohon jawatan, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.