BUDAYA

Senandika langit-laut

17 Ogos 2020, 1:00 AM
Senandika langit-laut

Langit tidak pernah tahu cara mencintai laut, ia hanya ingin menjadi yang paling lapang, menyuluhkan biru pada setiap denyut cuaca. Begitu awan awan berarak, adalah rindu langit-laut; seringkali menyimpan puing puing rahsia paling diam- yang hanya difahami semesta cinta.

Kata langit, "Beginikah caranya mencintai, berbagi tanpa mampu menyeberangi? Dan laut, meski pada jarak ini, tak ada yang benar-benar terpisah. Bukankah kita belum pernah gagal bertemu dan berkisah?”

 

Aina Nabila Ahmad

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.