AGENDA

Kes bunuh Kevin Morais: Pakar patologi, lima lelaki dihukum mati

10 Jul 2020, 7:38 AM
Kes bunuh Kevin Morais: Pakar patologi, lima lelaki dihukum mati

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Kunaseegaran, 57; pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran, 49; serta empat penganggur R. Dinishwaran, 28; A.K. Thinesh Kumar, 27; M. Vishwanath, 30 dan S. Nimalan, 27.

Hakim Azman mendapati keenam-enam tertuduh mempunyai niat bersama untuk membunuh Morais.

Keenam-enam mereka dituduh membunuh Morais, 55, ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini, ke nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.