EXCO

Sistem biometrik diperluas, kesan salah guna lesen peniaga

5 Jul 2020, 4:00 AM
Sistem biometrik diperluas, kesan salah guna lesen peniaga

SHAH ALAM, 5 JULAI: Kerajaan Selangor mengkaji untuk memperluaskan penggunaan sistem biometrik di pasar awam bagi mengesan penyalahgunaan lesen perniagaan.

EXCO kerajaan tempatan berkata sistem yang bakal digunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga mampu mengekang peniaga asing menjalankan perniagaan.

"Sebelum ini, setiap PBT sudah mempunyai kaedah tertentu untuk mengesan penyalahgunaan lesen oleh peniaga, tetapi kaedah sistem biometrik ini dilihat lebih berkesan.

"Untuk itu, setiap PBT akan membuat kajian terhadap penggunaan sistem berkenaan sesuai atau tidak digunakan," kata Ng Sze Han ketika dihubungi SelangorKini.

Sehingga 3 Julai lalu, hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang menggunakan sistem biometrik di pasar awam.

Selangor menyasarkan penggunaan sistem biometrik di pasar awam seluruh negeri itu menjelang 2022 bagi mengekang penyalahgunaan lesen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.