PENDIDIKAN

Kafe muzium Unisel imbau sejarah lombong bijih timah

1 Jul 2020, 9:13 AM
Kafe muzium Unisel imbau sejarah lombong bijih timah
Kafe muzium Unisel imbau sejarah lombong bijih timah
Kafe muzium Unisel imbau sejarah lombong bijih timah

SHAH ALAM, 1 JULAI: Kafe Muzium@Food Valet di Universiti Selangor (Unisel) menjadi daya tarikan terbaharu kepada mereka yang ingin mengimbau sejarah perlombongan bijih timah di Bestari Jaya.

Pengarah komunikasi korporat Unisel berkata muzium berkonsepkan kafe itu menempatkan satu ruang pameran identiti kesenian artifak dan seni visual berkaitan aktiviti perusahaan tersebut dijalankan warga tempatan di sana.

"Menariknya, kafe itu turut menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman sama ada masakan barat atau tempatan. Selain pelajar dan kakitangan Unisel, ia juga boleh dikunjungi orang luar bagi melihat sendiri keunikannya," kata Hasril Abu Hassan dalam kenyataan.

Beliau berkata ia mula dibuka pada 4 Disember tahun lalu adalah hasil cetusan idea Presiden dan Naib Canselor Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman yang mahu pemuliharaan artifak dan peralatan perlombongan itu boleh dijadikan rujukan generasi akan datang.

"Objektif penubuhan bukan sahaja untuk kekalkan nostalgia tapak perlombongan biji timah terakhir di Malaysia namun menjadi aspek penting dalam membina perpaduan komuniti membabitkan individu, kumpulan, rakan perniagaan dengan warga Unisel," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.