AGENDA

KKM nafi perintah berkurung di Brickfields

26 Mei 2020, 6:55 AM
KKM nafi perintah berkurung di Brickfields

SHAH ALAM, 26 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan arahan perintah berkurung di

Brickfields, Kuala Lumpur susulan terdapat empat kes Covid-19 di situ.

Penafian tersebut berikutan penyebaran gambar sekumpulan anggota kesihatan mengenakan sut perlindungan diri di kawasan berkenaan yang tersebar di media sosial.

"Polis menjelaskan gambar tersebut merupakan rakaman kejadian yang berlaku di kawasan Kuala Langat, Selangor pada 16 Mei lalu," maklum Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.