BERITA UTAMA

MB: Tabung Covid-19 kumpul RM8.07 juta

6 Apr 2020, 6:09 AM
MB: Tabung Covid-19 kumpul RM8.07 juta
MB: Tabung Covid-19 kumpul RM8.07 juta

SHAH ALAM, 6 APR: Jumlah terkumpul Tabung Khas Covid-19 ditubuhkan Kerajaan Negeri setakat ini adalah RM8.07 juta, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini berkata objektif tabung itu adalah bagi menyelaras sumbangan dalam menghentikan penularan Covid-19.

"Ia dimulakan dengan sumbangan dari potongan 50 peratus gaji Dato' Menteri Besar dan EXCO serta 30 peratus gaji Ahli Dewan Negeri," katanya hari ini.

Pemotongan itu bagi tempoh dua bulan termasuk pegawai lain antaranya Jusa C dan ke atas serta jawatan tertinggi daripada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu 30 peratus.

Manakala bagi kakitangan gred 44 hingga 54, mereka digalakkan menderma RM50 hingga RM100.

Rabu lalu, Amirudin mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 bagi menangani Covid-19 dengan jumlah keseluruhan RM272.5 juta sekali gus mengamalkan pendekatan muafakat kerajaan dengan rakyat sepenuhnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.