AGENSI

Jais: 1,003 permohonan nikah ditunda dalam tempoh PKP

29 Mac 2020, 6:56 AM
Jais: 1,003 permohonan nikah ditunda dalam tempoh PKP

SHAH ALAM, 29 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan sebanyak 1,003 permohonan pernikahan di negeri itu terpaksa ditangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Unit korporat Jais berkata semua bakal pengantin memahami situasi itu dan memberi kerjasama baik walaupun mereka terpaksa menunda pernikahan atas penularan Covid-19.

"Kita berharap pasangan bakal pengantin termasuk keluarga bersabar dan terus beri kerjasama dalam sama-sama mematuhi undang-undang sepanjang tempoh PKP," katanya kepada SelangorKini.

Baru-baru ini, Jais mengeluarkan arahan penangguhan segala urusan permohonan dan majlis akad nikah sehingga tempoh PKP tamat pada 14 April ini.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkaitan keharusan melaksanakan akad nikah menerusi sidang video hanya sebagai panduan hukum namun tidak akan dilaksanakan buat masa ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.