AGENDA

Foodpanda nafi penghantar makanan dijangkiti Covid-19

27 Mac 2020, 3:23 AM
Foodpanda nafi penghantar makanan dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 27 MAC: Foodpanda Malaysia Sdn Bhd (Foodpanda) menafikan dakwaan salah seorang penghantar makanannya dijangkiti Covid-19 selepas tular menerusi video dan mesej WhatsaApp.

Kenyataan dilaporkan NST Online memaklumkan perkara itu kecoh dalam kalangan warga maya yang menunjukkan petugas Foodpanda dari salah sebuah kompleks di Klang Lama, pengsan di koridor salah sebuah pangsapuri.

"Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan kami mengesahkan tiada dalam kalangan penghantar makanan Foodpanda disyaki atau disahkan menghidap Covid-19," kata kenyataan itu.

Pada masa sama, Foodpanda akan terus memantau dengan teliti dan melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan sebaiknya dalam menghadapi penularan wabak berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.