ADN

Fungsi Selcat semak, imbang - Ketua pembangkang

12 Feb 2020, 1:21 PM
Fungsi Selcat semak, imbang - Ketua pembangkang

SHAH ALAM, 12 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berfungsi sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran Selangor, kata ketua pembangkang.

Rizam Ismail yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar berharap Selcat terus melaksanakan fungsi dengan berkesan terutama membabitkan isu dekat dengan rakyat.

"Kita puji peranan Selcat mengadakan pendengaran awam untuk menilai keberkesanan sistem penyampaian pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk prestasi ahli majlis.

"Selcat memainkan peranan dengan memanggil pihak berkaitan memberi keterangan beberapa isu berbangkit membabitkan PBT," katanya pada sidang media di Dewan Annex di sini hari ini.

Selcat bersidang pada 20 Febuari ini bagi menilai prestasi PBT dengan memanggil 17 saksi memberi keterangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.