AGENDA

Hafizh Syahrin teroka bidang fesyen, jadi duta Primavalet

16 Jan 2020, 2:22 PM
Hafizh Syahrin teroka bidang fesyen, jadi duta Primavalet

KUALA LUMPUR 16 JAN: Pelumba Moto 2 negara Hafizh Syahrin Abdullah memilih fesyen sebagai bidang baharu untuk diterokai selaku duta Primavalet bagi 2020.

Beliau menjadi atlet serta pelumba motosikal pertama negara dipilih sebagai duta jenama itu.

“Ini permulaan untuk industri ini dan saya akan belajar. Ini juga satu daripada cara yang boleh bantu saya uruskan diri demi masa depan.

“Primavalet berikan saya semangat untuk teruskan 2020 ini," katanya pada majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.

Beliau mengalu-alukan pihak yang sudi menajanya biarpun di pertengahan musim perlumbaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.