AGENDA

Ronaldo lagi banyak jana wang di Instagram banding bola sepak

7 Jan 2020, 2:47 AM
Ronaldo lagi banyak jana wang di Instagram banding bola sepak

SHAH ALAM, 7 JAN: Cristiano Ronaldo dilaporkan menjana pendapatan lebih lumayan di Instagram berbanding bermain bola sepak untuk Juventus.

Penyerang kelab Itali berusia 34 tahun meraih RM196 juta (AS$47.8 juta) menerusi Instagram manakala pendapatannya sebagai pemain Juventus sebanyak RM139.4 juta (AS$34 juta) tahun lalu.

"Ronaldo memiliki pengikut paling ramai di Instagram. Syarikat membayar hampir RM4.1 juta (AS$1 juta) untuk hantaran (Instagram) demi mencapai matlamat," lapor Business Insider Malaysia yang memetik kajian sosial media Hopper HQ.

Keuntungan Ronaldo di laman sosial sekali gus mengatasi pendapatan pemain Barcelona Lionel Messi dan selebriti Kylie Jenner.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.