AGENDA

India catat kelahiran bayi tahun baharu tertinggi

3 Jan 2020, 8:03 AM
India catat kelahiran bayi tahun baharu tertinggi

NEW DELHI, 3 JAN: Dianggarkan sebanyak 67,385 bayi dilahirkan di India pada tahun baharu 2020 dan merupakan angka tertinggi yang dicatat di seluruh dunia, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Menurut UNICEF, sebanyak 392,078 bayi dilahirkan di seluruh dunia pada Tahun Baharu dan India menduduki tangga teratas dengan 67,385 kelahiran.

"Permulaan tahun baharu dan dekad baharu adalah peluang bagi merenungkan harapan dan aspirasi kita bukan hanya untuk masa depan kita tetapi juga masa depan mereka yang datang selepas kita," kata Henrietta Fore, Pengarah Eksekutif UNICEF.

Menurut agensi PBB itu, lebih separuh daripada kelahiran tersebut berlaku di lapan negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.