AGENDA

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

29 Dis 2019, 6:58 AM
Banjir di Johor pulih sepenuhnya

JOHOR BAHRU, 29 DIS: Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, ditutup sepenuhnya pada pukul 11 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata seramai 11 orang daripada tiga keluarga di daerah berkenaan yang ditempatkan di Balai Raya Gemereh IV sejak 15 Dis lepas, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Kesemua mereka adalah penduduk Kampung Seberang Batu Badak.

Menurut Tan, kesemua mereka dibenarkan pulang berikutan cuaca cerah dan paras air yang surut sepenuhnya.

Bagaimanapun beliau berkata, pemantauan yang berterusan akan dilakukan oleh agensi-agensi yang terlibat dari masa ke semasa.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.