AGENDA

Letupan White Island: Angka korban meningkat kepada enam orang

11 Dis 2019, 10:45 AM
Letupan White Island: Angka korban meningkat kepada enam orang

MELBOURNE, 11 DIS: Angka korban akibat letupan gunung berapi White Island (Whakaari) di New Zealand telah meningkat kepada enam orang selepas seorang daripada 31 yang dimasukkan ke hospital meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan polis pada Rabu.

Polis berkata 25 dari 30 mangsa yang cedera masih berada dalam keadaan kritikal akibat letupan gunung berapi pada Isnin tengah hari.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang masih dirawat di Hospital Middlemore.

Polis mengesahkan bahawa lapan orang masih hilang dan tiada lagi tanda-tanda kehidupan di pulau itu.

Mereka menambah bahawa mangsa terdiri daripada pelancong dari Australia, United Kingdom (UK), China, Jerman, New Zealand, Malaysia dan Amerika Syarikat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.