PBT

Program Kucing Angkat MBSA Ahad ini

6 Dis 2019, 8:38 AM
Program Kucing Angkat MBSA Ahad ini
Program Kucing Angkat MBSA Ahad ini

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 6 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjemput orang ramai khususnya di bandar raya ini hadir ke Program Kucing Angkat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, Ahad ini.

MBSA dalam kenyataan di media sosial memaklumkan, program diadakan sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bermula jam 8.30 hingga 11 pagi.

"Program ini menawarkan 20 ekor kucing untuk diambil sebagai kucing angkat.

"Semua kucing ini telah dimandul serta divaksin dan pengunjung hanya perlu membawa 'carrier' sendiri," katanya.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata, bayaran dikenakan bagi seekor kucing hanya RM30 sahaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.