AGENDA

Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan

21 Okt 2019, 2:17 AM
Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Ringgit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi awal dagangan hari ini, berikutan permintaan lebih baik terhadap mata wang tempatan di tengah-tengah hasil perbendaharaan AS yang rendah.

Pada 9.07 pagi, unit tempatan berada pada 4.1820/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1880 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Peniaga berkata hasil perbendaharaan AS mengalami penurunan yang sebahagiannya disebabkan ketegangan perdagangan antara AS dan China di samping perjanjian Brexit.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0676/0707 daripada 3.0644/0670 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas dan turun berbanding yen kepada 3.8551/8598 daripada 3.8518/8553.

Ringgit lemah berbanding pound British kepada 5.4006/4071 daripada 5.3999/4042 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding euro kepada 4.6654/ 4716 daripada 4.6571/6621.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.