AGENDA

Sembilan anggota polis ditahan ketika berhibur

20 Okt 2019, 6:59 AM
Sembilan anggota polis ditahan ketika berhibur

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Sembilan anggota polis ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di ibu negara, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, anggota berusia 23 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula pukul 10.30 malam.

"Kesemua mereka ini ditahan atas kesalahan berada dalam pusat hiburan dipercayai sedang berhibur.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka adalah negatif dadah," katanya ketika diihubungi hari ini.

Beliau berkata, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap kesemua anggota ditahan kerana melanggar arahan dan larangan daripada mengunjungi pusat hiburan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia mengunjungi tempat-tempat hiburan bagi mengelak sebarang amalan rasuah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.