AGENDA

CIMB umum kerosakan teknikal sudah diperbaiki

4 Sep 2019, 2:12 PM
CIMB umum kerosakan teknikal sudah diperbaiki

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd mengumumkan bahawa masalah teknikal membabitkan urus niaga kad kredit dalam talian bank itu sudah pun diperbaiki.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku ke atas pelanggan kami. Sistem teras perbankan dan data pelanggan tetap utuh, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelanggan masih boleh melaksanakan transaksi perbankan melalui CIMB Clicks, CIMB BizChannel dan terminal layan diri.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.