NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

13 Jun 2019, 2:28 AM
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila para pelabur menjangkakan perang perdagangan antara AS-China akan terus berlarutan, kata seorang peniaga

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1550/1600 pada Rabu.

Presiden AS Donald Trump dilaporkan memberi tahu media pada Rabu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang tarikh khusus bagi memulakan rundingan perdagangan antara AS-China.

Pada paras pembukaan, ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0448/0475 daripada paras penutup 3.0446/0492 pada Rabu, meningkat berbanding yen kepada 3.8352/8391 daripada 3.8376/8426 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6972/7027 daripada 4.7064/7137.

Berbanding pound Britain, ringgit meningkat kepada 5.2820/2862 daripada paras penutup 5.2922/2003 pada Rabu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.