GLOBAL

Papua New Guinea lantik perdana menteri baharu

30 Mei 2019, 5:03 AM
Papua New Guinea lantik perdana menteri baharu

PORT MORESBY, 30 MEI: James Marape dilantik sebagai perdana menteri baharu Papua New Guinea (PNG) pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Pelantikan itu ekoran perletakan jawatan Peter O'Neill, pada Rabu selepas siri pembelotan berprofil tinggi oleh partinya sendiri sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kesemua 111 anggota parlimen berhimpun di parlimen pada Khamis pagi bagi memilih pemimpin baharu.

Marape adalah tokoh paling kanan dalam politik PNG, berasal dari daerah dataran tinggi wilayah Hela dan pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan di bawah pemerintahan O'Neill, sebelum meletak jawatan pada April.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.