Serangan AS-Israel ke atas Iran: Angka kematian cecah 787 orang

3 Mac 2026, 1:18 PM
Serangan AS-Israel ke atas Iran: Angka kematian cecah 787 orang

ISTANBUL, 3 MAC: Angka kematian akibat serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran meningkat kepada 787 orang, menurut Bulan Sabit Merah Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansı (AA).

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di runtuhan bangunan yang dibom, menurut organisasi itu dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita milik kerajaan, Tasnim News Agency.

Tiada maklumat diberikan mengenai jumlah mangsa yang cedera.

AS dan Israel meneruskan serangan berskala besar terhadap Iran sejak Sabtu lepas, yang dilaporkan meragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei serta pegawai kanan tentera.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset AS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.