Isu banjir dan saliran Taman Aman Perdana dibawa ke mesyuarat khas

28 Feb 2026, 4:30 AM
Isu banjir dan saliran Taman Aman Perdana dibawa ke mesyuarat khas

SHAH ALAM, 28 FEB: Satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan dalam masa terdekat susulan aduan rasmi Persatuan Penduduk Taman Aman Perdana kepada Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru berhubung beberapa isu kritikal yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

ADN Meru, Mariam Abdul Rashid berkata antara isu utama dibangkitkan ialah kejadian banjir berulang yang dipercayai berpunca daripada kolam tadahan tidak disenggara serta sistem saliran tidak diselenggara dengan baik sehingga gagal menampung aliran air ketika hujan lebat.

“Tindakan proaktif dan penyelarasan bersama agensi terlibat amat penting bagi memastikan masalah ini tidak terus berlarutan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, mesyuarat itu akan melibatkan agensi teknikal berkaitan termasuk Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi memperincikan tindakan susulan.

Selain isu banjir, penduduk turut membangkitkan masalah tanah kosong terbiar, pokok lama yang berisiko serta keperluan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Amanah Perdana bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau menegaskan penyelarasan bersepadu diperlukan bagi memastikan setiap isu ditangani secara menyeluruh dan tidak berulang.

Apa reaksi anda?