Raja Muda Selangor berangkat ke Majlis Iftar Muhibah, santuni penerima sumbangan

23 Feb 2026, 3:47 AM

SHAH ALAM, 23 FEB: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Majlis Iftar Muhibah di Stadium MBPJ, semalam.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MSBJ) memaklumkan program dimulakan dengan penyerahan sumbangan kepada penerima yang layak serta tazkirah Ramadan.

Tengku Amir Shah kemudian berbuka puasa bersama hadirin dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

“Baginda turut berkenan menyaksikan perlawanan Liga Super yang mempertemukan Selangor FC dan Kuching City FC,” kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Dato’ Amirul Azizan Abd. Rahim dan Timbalan Datuk Bandar MBSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali.

Apa reaksi anda?