Persidangan Di Ladang

22 Feb 2026, 12:30 AM
Persidangan Di Ladang

“Dengan izin, good morning!

perkara ini memang bikin pening,”

tuan pengurus ladang pusing

Sejarah ialah ingatan tentang kebenaran

di ladang integrasi, sejak awal 1980-an

pokok duit-duit ialah parasit melilit

membelit masa hadapan

memerit lain-lain hidupan

Ladang ini sepertinya dibajai konspirasi:

pokok-pokok puaka tinggi tercegat

kebanyakannya berwarna kuning langsat

dahan menggantung buah-buah terlarang

sebagai habuan para kera temberang

Tanya seorang pekerja, “mengapa

pahit uar-uar lebih kepada para kera

sedangkan pokok puaka juga petaka

bukankah mereka sama-sama kenyang?”

Garu kepala ialah jawapan

sekali gus menangguh persidangan.

Yusuf Sufali

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.