Kilang perabot terbakar, 34 anggota bomba padam kebakaran

8 Feb 2026, 7:32 AM
Kilang perabot terbakar, 34 anggota bomba padam kebakaran
Kilang perabot terbakar, 34 anggota bomba padam kebakaran

SHAH ALAM, 8 FEB: Sebuah kilang perabot di Jalan 20/1 Sea Park, Petaling Jaya dilaporkan terbakar tengah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 tengah hari sebelum pasukan bomba tiba di lokasi enam minit kemudian.

Beliau berkata, seramai 34 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Petaling Jaya, BBP Jalan Penchala, BBP Puchong dan BBP Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang perabot dan operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.