Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar

3 Feb 2026, 12:09 AM
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Satu kebakaran berlaku di kawasan hutan dianggarkan seluas 0.8 hektar di puncak bukit berhampiran sebuah apartmen di Taman Tun Abdul Razak di sini malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hamdan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.47 malam tadi.

Beliau berkata empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit dan anggota bersedia di lokasi kejadian kerana tiada laluan masuk ke tempat kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Hamdan berkata setakat ini keadaan terkawal dan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.