Warga emas ditemui maut dalam kebakaran rumah

25 Jan 2026, 12:04 PM
Warga emas ditemui maut dalam kebakaran rumah

SHAH ALAM, 25 JAN: Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun meninggal dunia dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah berhampiran Hotel Pacific di Jalan Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan, petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Satyuti Satar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.58 petang, lapor Harian Metro.

“Seramai 27 anggota dikejarkan ke lokasi bersama tiga jentera sebaik menerima panggilan

"Kebakaran menyebabkan rumah berkenaan musnah hampir sepenuhnya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.