Terbuka India: Aaron-Wooi Yik tempah slot suku akhir, temu beregu Taiwan

15 Jan 2026, 1:12 PM
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik tempah slot suku akhir, temu beregu Taiwan

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Terbuka India 2026 selepas menyingkirkan pasangan Jepun Takumi Nomura-Yuichi Shimogami pada perlawanan pusingan kedua di New Delhi, hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu hanya memerlukan 33 minit untuk menewaskan pasangan ranking ke-35 dunia berkenaan 21-9, 23-21 pada aksi berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Pada pusingan suku akhir, Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan yang menewaskan satu lagi wakil negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-14, 17-21, 21-14.

Dalam pada itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Perancis, Margot Lambert-Camille Pognante 21-7, 23-21.

Menanti pilihan kedua kejohanan itu ialah wakil Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu yang juga merupakan pilihan kelapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.