CEO

13 Dis 2025, 12:30 AM
CEO

Apalah debu di jubin syarikat

Tahu tentang pelan meja atas

POV hanya;

seribu kasut kulit buaya

menendang tubuh

bucu ke bucu;

Dipijak berat fail

Terhalang keluar

Meski jam kerja tamat;

Godaan pintu

ke lorong kelam

berpulangan besar.

Tiada debu tahu

Berkat derap kasut

Suatu hari ia terbang

ke kamar promosi

Hari lain ia dipimpin

angin takdir ke

kerusi CEO

Sungguh

Tiada lebih hebat

dari rancangan meja atas.

Zulzafry Zulkifly

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.