Eksport nanas melonjak 100 peratus dalam tempoh enam bulan - Mohamad Sabu

2 Nov 2025, 8:00 AM
Eksport nanas melonjak 100 peratus dalam tempoh enam bulan - Mohamad Sabu
Eksport nanas melonjak 100 peratus dalam tempoh enam bulan - Mohamad Sabu
Eksport nanas melonjak 100 peratus dalam tempoh enam bulan - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Industri nanas negara terus menunjukkan perkembangan membanggakan apabila jumlah eksport melonjak lebih 100 peratus dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata jumlah eksport industri nanas meningkat daripada 800 kontena kepada 1,727 kontena setakat Oktober 2024.

“Pencapaian ini bukti bahawa sektor pertanian, khususnya industri nanas mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan lumayan kepada para petani kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Mohamad berkata pihaknya yakin jumlah eksport nanas pada tahun 2025 juga akan mencatatkan peningkatan positif, hasil komitmen berterusan semua pihak termasuk petani, agensi dan pemain industri.

Beliau turut berharap agar lebih ramai rakyat, terutama golongan muda menceburi bidang pertanian moden yang bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan petani, malah memastikan sektor makanan negara terus maju dan berdaya saing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.