Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Hylo 2025

31 Okt 2025, 12:37 AM
Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Hylo 2025
Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Hylo 2025

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Hylo 2025 selepas melepasi halangan gandingan Republic Czech Jiri Kral-Ondrej Karl, awal pagi ini.

Pilihan utama kejohanan mengambil masa 38 minit sebelum menyingkirkan pasangan adik-beradik itu dengan 21-9, 22-20.

Pasangan negara akan berdepan wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi yang mengecewakan beregu perancis Christo Popov-Toma Junior Popov 21-12, 21-15.

Perjalanan dua pemain perseorangan wanita negara terhenti awal apabila K Letshanaa dan S Kisona terkandas di pusingan kedua kepada lawan masing-masing.

Letshanaa tunduk kepada Mia Blichfeldt dari Denmark 11-21, 13-21 manakala Kisona pula tidak berjaya melepasi halangan Putri Kusuma Wardani dari Indonesia apabila tewas 11-21, 13-21.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.