Bunuh dua beranak di Juru, suami direman bantu siasatan

19 Okt 2025, 4:12 AM
Bunuh dua beranak di Juru, suami direman bantu siasatan

BUKIT MERTAJAM, 19 OKT: Suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, mayat dua beranak berkenaan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tujuan bedah siasat.

Semalam, media melaporkan dua beranak iaitu ibu berusia 51 tahun dan anak perempuan berusia 11 tahun ditemukan maut, dipercayai dibunuh kejam di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, di sini.

Difahamkan mayat wanita itu dijumpai di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan manakala anaknya di tingkat atas.

Azizee berkata mayat dua beranak tersebut ditemukan suami mangsa yang pulang ke rumah kira-kira 7.30 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.