Kereta terjunam ke Sungai Panchor, seorang dikhuatiri terperangkap

13 Okt 2025, 3:00 PM
Kereta terjunam ke Sungai Panchor, seorang dikhuatiri terperangkap

MUAR, 13 OKT: Seorang mangsa dikhuatiri terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang terjunam ke dalam Sungai Panchor, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh PBK I Nor Alfatah Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.42 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati sebuah kereta hitam terjunam ke dalam sungai dipercayai akibat kemalangan.

“Maklumat awal saksi memaklumkan terdapat seorang mangsa, dipercayai pemandu, masih berada di dalam kenderaan tersebut. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Alfatah berkata operasi turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Muar manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah ketika dihubungi berkata operasi SAR masih dijalankan.

“Setakat ini, kami belum dapat pastikan sama ada mangsa yang terlibat seorang atau pasangan suami isteri,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.