Pelepasan cukai pendapatan individu diperluas ke pusat jagaan harian, transit berdaftar

10 Okt 2025, 9:54 AM
Pelepasan cukai pendapatan individu diperluas ke pusat jagaan harian, transit berdaftar

SHAH ALAM, 10 OKT: Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 diperluas ke pusat jagaan harian atau transit berdaftar bagi anak berumur sehingga 12 tahun berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemudahan itu sebelum ini diberikan bagi perbelanjaan yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak berumur sehingga enam tahun dan kini diperluas.

“Di bahu wanita terpikul masa depan bangsa. Mereka berkorban tidak didendan mendidik generasi, menggerak ekonomi dan tulang belakang keluarga mithali

“Dari sekecil-kecil tangan ibu yang mengasuh anak hingga mereka yang memecah siling kaca, pemerkasaan wanita tidak sesekali dilihat sebagai ihsan, tetapi keadilan yang wajib ditunaikan,” katanya ketika membentang Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.