Gempa 6.6 magnitud landa Papua Tengah, penduduk lari selamatkan diri

19 Sep 2025, 9:00 AM
Gempa 6.6 magnitud landa Papua Tengah, penduduk lari selamatkan diri

JAKARTA, 19 SEPT: Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegarkan daerah Nabire di wilayah Papua Tengah awal pagi Jumaat, menyebabkan penduduk bergegas keluar meninggalkan rumah masing-masing.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari berkata gegaran yang berlaku selama dua hingga tiga saat itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

“Beberapa rumah rosak, kaca di kemudahan lapangan terbang pecah, siling di pejabat kerajaan runtuh, sebuah jambatan musnah, manakala bekalan elektrik dan telekomunikasi turut terganggu,” katanya dalam kenyataan.

Anggota Pasukan Tindakan Pantas daripada Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Nabire masih berada di lokasi untuk menilai sepenuhnya kesan bencana itu.

BNPB menggesa penduduk supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gegaran susulan serta memastikan rumah selamat sebelum kembali mendudukinya, di samping mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai atau menyebarkan khabar angin di media sosial.

Data daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) menunjukkan gempa berlaku pada 1.19 pagi waktu Indonesia Barat, dengan pusat gempa terletak 29 kilometer barat laut Nabire pada kedalaman 24 kilometer.

BMKG menegaskan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.