Dua individu tertimbus tanah runtuh hempap tiga rumah ditemukan maut

15 Sep 2025, 8:07 AM
Dua individu tertimbus tanah runtuh hempap tiga rumah ditemukan maut
Dua individu tertimbus tanah runtuh hempap tiga rumah ditemukan maut

KOTA KINABALU, 15 SEPT: Dua individu yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap tiga rumah di Kampung Mook, dekat Papar, pagi tadi ditemukan maut, petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua mangsa dijumpai serta berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas hampir empat jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. Maklumat mangsa belum diperolehi,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, JBPM Sabah menerima laporan mengenai kejadian pada 10.02 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba Penyelamat Papar bergegas ke lokasi terletak sejauh 35 kilometer.

Operasi ditamatkan pada 2.25 petang dan pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.