Jenazah empat mangsa kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

12 Ogos 2025, 12:43 AM
Jenazah empat mangsa kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

PASIR MAS, 12 OGOS: Jenazah empat mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Gua Musang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban di sini jam 11.30 malam tadi.

Terdahulu, jenazah kesemua mangsa dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Perubatan, Hospital Gua Musang selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Dalam kejadian 9.15 pagi itu, empat orang maut termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1, Gua Musang.

Mangsa yang maut adalah Muhammad Faiz Nor Amran, 32,dan adiknya Nor Aina Imra, 21, serta dua anak Muhammad Faiz iaitu Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Ayden Fattah berusia empat tahun.

Isteri Muhammad Faiz, Tuan Norsyuhada Mohd Zain, 23, yang memandu kereta parah pada bahagian kepala dan dada akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.