Kematian akibat kebuluran di Gaza meningkat kepada 180 orang

4 Ogos 2025, 10:18 AM
Kematian akibat kebuluran di Gaza meningkat kepada 180 orang

GAZA, 4 OGOS: Angka kematian akibat kebuluran di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 180 orang, termasuk 83 kanak-kanak.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan melaporkan bahawa angka berkenaan termasuk lima orang dewasa yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat kebuluran dan malnutrisi.

Krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing akibat sekatan berterusan dan kekurangan bekalan makanan serta ubat-ubatan yang amat kritikal.

Sejak 2 Mac 2025, pihak berkuasa penjajah menutup sepenuhnya semua pintu masuk ke Semenanjung Gaza, menyekat kemasukan kebanyakan bantuan makanan dan perubatan, sekali gus mempercepatkan kebuluran di seluruh wilayah itu.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa kadar malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun meningkat dua kali ganda antara Mac hingga Jun susulan sekatan yang berterusan.

-- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.