AGENDA

Lelaki maut dihempap kenderaan pacuan empat roda sedang diselenggara

21 Jul 2025, 11:40 AM
Lelaki maut dihempap kenderaan pacuan empat roda sedang diselenggara

KUCHING, 21 JULAI: Seorang lelaki maut dihempap kereta ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah bengkel di Miri hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11.03 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang lelaki dikenali tersepit di bawah kenderaan jenis Toyota Hilux di dalam bengkel itu.

“Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menimpa lelaki berusia 22 tahun itu menghubungi Balai Polis Miri menerusi talian 085-427093 atau Insp Nixon Malang 016-8865949.

“Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan atau memuat naik gambar kejadian menerusi media sosial,” katanya dalam kenyataan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.