AGENDA

Anwar: Dunia perlu nekad moral hentikan kekejaman Israel di Gaza

1 Jul 2025, 9:45 AM
Anwar: Dunia perlu nekad moral hentikan kekejaman Israel di Gaza

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan solidariti global dan nekad moral yang kental amat diperlukan tatkala krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.

Dalam kemas kini di Facebook, Anwar berkata beliau mengadakan perbincangan mengenai hal itu secara maya dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British terkenal Jeremy Corbyn pada Isnin.

“Saya telah berbincang menerusi panggilan video dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British Jeremy Corbyn, menyentuh mengenai langkah kerjasama dalam kalangan negara-negara yang sehaluan ... termasuk Kumpulan Hague untuk memberi lebih tekanan terhadap Israel supaya menghentikan segera genosid yang sedang berlaku di Gaza,” katanya.

Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen untuk menegakkan undang-undang antarabangsa, mempertahankan hak asasi manusia, serta memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan.

Genosid di Gaza sudah memasuki bulan ke-21 yang setakat ini mengorbankan atau mencederakan hampir 189,000 rakyat Palestin majoritinya kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 11,000 masih hilang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.